Thursday 19 December 2013

DONE FOR PROGRAM CANCER AWARENESS
Alhamdulilah...
selesai sudah program ini.. 
memang sangat penat tapi
 banyak pengalaman yang boleh diambil..
terima kasih kepada kaka2 abang2 senior 
Kolej Ibrahim Yaakob yang banyak beri bantuan dalam menjalankan program ini..
 kesiann sangat tengok kak winnie iaitu pengarah program ini yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. 
segala kesilapan saya mohon maaf banyak2.. thank you semua..







Monday 16 December 2013

PROGRAM KANSER AWARENESS


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Majlis EKsekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub akan

 mengadakan program seperti berikut:

Nama program: Cancer Awareness

Tarikh: 18 disember 2012 (Rabu)

Tempat: Dataran 2F 201 FSSK

Masa: 8.00 pagi - 4 petang


antara yang menarik adalah 

-FORUM bersama yayasan kanser negara 

(sekitar 9.30pgi)

-tayangan dokumentasi & filem (12 & 2 ptg)

-pameran dan booth (sepanjang hari)

-40 pengunjung terawal akan menerima

 goodies bag dr yakult

-cabutan bertuah

siapa yg berkelapangan jemput2 la datang.. 

banyak info yg boleh diperolehi..

mungkin hari ini kita & keluarga kita sihat.. 

tapi kena bersedia sebelum terkena..

mencegah lebih baik dari merawat..

Terima kasih



Sunday 15 December 2013

EMOSI TAK MENENTU SAAT-SAAT MENGHAMPIRI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum..
 hye kawan-kawan.. hari ni mood aku tak berapa ok.. 
aku tak tahu sejak akhir-akhir nak exam
 ni mood aku macam down.. 
entahla mungkin pressure sikit.. tapi sekejap je kot perasaan macam ni.. 
insyaALLAH nanti ok la ni..huhuhu.. 
YA ALLAH.. nape perasaan aku tak tenteram ni.. rase lemah semangat.. semoga perasaan 
ni cepat hilang..insyaALLAH.. ok.. thats all.. :')

Friday 13 December 2013

KAWAD SUKEM

ASSALAMUALAIKUM.. 
HAI SEMUA.. LAME TAK UPDATE BLOG 
SEBAB TERLALU SIBUK DGN MACAM-MACAM AKTIVITI  DAN STADI.. SEMALAM AKU JOIN PERTANDINGAN 
PERBARISAN SUKEM.. MEMANG ENJOYYY SANGATTT.. EVEN PENAT TAPI PUAS AND FUN SANGAT..
AKU TAK SANGKA KIY MENANG..EVEN BUKAN TOP 3 TAPI NO 4 PUN DA BERSYUKUR SANGAT..
ANTARA 13 KOLEJ, DAPAT NO 4 TU DA KIRA OK SANAGT..
DARIPADA TAK MENANG LANGSUNG KAN..HUHUHU
ALHAMDULILAH...
ANYWAY AKU SAYANG KIY!!! SALAM HIGHLANDERS!!!





Tuesday 10 December 2013

HARI-HARI YANG MEMENATKAN.

Assalamualaikum..Lame tak update blog sebab sibuk dengan latihan drama selama seminggu berturut-turut..dan ahernye alhamdulilah berakhir jugak tik drama semalam pagi.. sangat memenatkan.. daripada 4 kumpulan, kumpulan aku dapat nombor 3. alhamdulilah.. kami memang target tak nak menang sebab nanti kena perform depan naib chanselor.. jadi, kami tak nak tambah pressure pada diri masing-masing.. nak fokus pada stadi plak..exam nak dekat da.. 

lepas tu, skrg ni nga sibuk latihan perbarisan untuk penutupan sukem.. demi sayang pada kolej, aku pun join perbarisan.. walaupun, semalam memang sangat2 memenatkan tapi aku gagahkan jua unuk pergi latihan..habis je kawad aku terus tido..semalam memang hari yang sangat meletihkan..

lepas tu pagi ni pulak, alhamdulillah aku punya presentation untuk projek microsoft access da settle.. selama 2 3 malam aku bersengkang mata untuk siapkan projek tu, alhamdulillah sume nye berbaloi.. tak ku lupa jugak kepada dua orang ahli group aku yang banyak sangat menolong dan beri kerjasama dengan baik.. tanx a lot kepada wahyuni dan halawati.. 

hujung wekend ni pulak aku da mula sibuk dengan preparation untuk program cancer awareness..huhhuuhu.. semoga aku kuat menjalani kehidupan ini dengan baik..hehehhehe.. ok..thats all.. ;))

Friday 6 December 2013

ALHAMDULILAH... 
ahernya aku dapat tawaran biasiswa JPA..
setelah beberapa kali ditunda, 
ahernye kluar pun keputusan JPA.. 
Haa nak tanye ni, JPA tak payah kena pergi interview kan kawan-kawan? selamat la kalau tak payah pergi interview..hehehhe.. 
orang kate bila da dapat JPA ni, PNGK kena maintain performance yg terbaik.. 
takot nye bila memikirkan tentang perkara ni..
semoga aku dapat buat yang terbaik, 
INSYAALLAH, AAMIIN..

Thursday 5 December 2013

Assalamulaikum.. 
ape kabar semua..sehat ke..heheheh.. 
aku nak tanya korang ni.. hari ni kamu semua penat tak dengan life as a student.. 
eh..bukan hari ni je.. as long as you a student.. mesti penat kan.. orang kate life student ni happy, 
time macam ni la kite nak enjoy nan member2.. tapi betol ke enjoy.. hmmmmm enjoy la jugak kan.. 
tapi memang tak dinafikan, every student mesti experience stress.. sape kat sini stadi tak pena stress... huhuhuu...
 ade jugak la kot..tapi tak ramai kan..
 as a student mesti banyak assigment la, task la, itu la, ini la... 
tapi nak buat macam mane kan.. this is life.. life must go on.. hahahha... 
tapi jangan la asek stress memanjang kan..
mesti la kena enjoy2.. kan3.. hehehhe.. 
orait.. thats all.. 
thank you.. huhuhu..

Wednesday 4 December 2013

ASSALAMUALAIKUM.. 
hai kawan-kawan.. tengah buat ape tu..heheheh.. 
mesti tengah sibuk stadi kan.. yelaaa exam final da around the corner.. so kat sini aku nak share 
dengan kamu semua tentang tips2 menghadapi peperiksaan.. harap dapat membantu.. :))

* sumber rujukan :

Monday 2 December 2013

PEMIMPIN YANG KU KAGUMI
hye semua..
subjek PD harini aku belajar tntg pemimpin yg paling dikagumi dan
 kumpulan aku pilih Tun. Dr. Mahathir..ni la poster yg tak berapa nak 
lawa yg kami buat..hahaha.. 



Sunday 1 December 2013

DUNIA SOSIAL MASA KINI.

Assalamualaikum.. 
emm sebenarnya aku tak ade idea nak update 
ape dekat blog..
ok..aku nak cite tentang dunia sekarang..
 sebelum tu aku nak tanya kamu semua, siapa yang tak ade akuan facebook, tweeter, instagram, we chat, line, whatapps.. mesti kamu semua ade akaun2 ni.. 
aku cuma ade facebook je..itu pun baru je buat, baru setahun lebih wat facebook.. 
yela, da nama student, tak kan tak ada facebook kot, nnti susah nak communicate dgn rakan-rakan n dunia luar.
 aku sebenarnya risau dengan dunia hari ini.. 
maksiat sana-sini, tak kira tua muda kecil besar laki perempuan..masalah sosial semakin kritikal..
masalah jenayah semakin membimbangkan..macam2 kes jenayah hari ni, semua nya menggerunkan.. 
setiap hari mesti ade kes bunuh,rogol,culik dan macam-macam lagi.. itu lah kehidupan hari ini yang 
terpaksa kita hadapi.. sedar atau tidak sebenarnya semua ini telah disebutkan dalam 
Al-QURAN dan AL-HADITH bahawa dunia sekarang sudah akhir zaman dan banyak kerosakan serta fitnah yang berleluasa.. tahun berganti tahun..
tahun yang akan datang lebih buruk dari tahun sebelumnya.. sekarang tinggal sebulan je lagi
 kita nak ke tahun 2014.. perasan tak betapa 
cepatnya masa berlalu.. berapa lama lagi
 umur kita masih tinggal.. periksa lah diri kita masing-masing sebelum ajal kita memanggil..
 sentiasa muhasabah diri sendiri.. 
ini cuma sekadar perkongsian dan peringatan
 untuk diri sendiri..tak ada kaitan dengan sesiapa pun.. renung-renungkan.. ;)

Thursday 28 November 2013

PENGURUSAN PERBELANJAAN YANG BIJAK BAGI MAHASISWA.

Assalamualaikum.. pertama sekali nak tanya 
kamu semua harini berapa jumlah perbelanjaan yang telah di keluarkan..? total the whole expenses?
 banyak tak.. over budget or just ok? hehehe.. sebenarnya aku pun jenis orang yang susah untuk follow budget.. perkara NI perlu buat betul-betul dan kuat fizikal dan mental  baru ia nya berkesan.. so di bawah ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk kita semua.. SELAMAT BERBELANJA DENGAN BERHEMAH.. ;)

        * sumber rujukan : 




Wednesday 27 November 2013

APA ITU GST SEBENARNYA?
Hye semua..kali ni aku nak share tentang sedikit input yang aku dapat pada petang tadi dalam wacana ilmiah..


mula-mula aku tak faham apa itu GST.. dan selepas mendengar forum ini pada petang tadi, sedikit sebanyak tahu lah jugak apa isu semasa negara kita sekarang..
Ade antara ahli panel yang setuju dan tidak setuju dengan cadangan kerajaan 
untuk melaksanakan GST ni di negara kita dalam jangka masa lebih kurang dua atau satu tahun lagi
iaitu pada tahun 2015..
pada masa sekarang ni kita masih guna sistem cukai SST lagi..
SST cukai yang dikenakan kepada barang2 tertentu sahaja dan bukan semua barang yang berada dalam ekonomi Malaysia sekarang ni, manakala GST pula cukai yang dikenakan terhadap semua jenis barang yang dikeluarkan dalam ekonomi Malaysia..
GST melibatkan semua rakyat Malaysia samaada tua,muda,miskin,kaya,bayi,kanak-kanak,dewasa, semua dikenakan GST.
GST lebih membebankan kepada pengguna terakhir atau rakyat kerana  penjual,pengilang,pemborong tidak menanggung GST ni..
Kerajaan mewar-warkan hasil kutipan cukai GST sebanyak 30billion tetapi tidak menjelaskan kemana akan perginya wang sebanyak itu..
Rakyat masih kurang jelas tentang tujuan utama GST selain untuk membiayai belanjawan defisit negara pada masa kini..
Kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif seperti memberi TAX EDUCATION sejak diperingkat sekolah lagi  dalam menerangkan tujuan=tujuan mengapa langkah ini diambil..
GST bukan satu jalan penyelesaian yang terbaik jika ia dikatakan dapat menyelesaikan masalah defisit negara..
Disiplin belanjawan perlu ada supaya masalah ini dapat diatasi tanpa melaksanakan GST..

*Itu antara input=input yang boleh aku share dengan korang semua..
ada yang setuju dan tidak setuju..
korang pulak macam mana? apa pendapat korang tentang pekara ni..
apa-apa pun, setiap perkara di dunia ni mesti ada kelemahan dan kelebihan..tak ada perkara yang perfect..
konklusinye, pilih sesuatu pekara yang lebih sesuai dengan situasi yang diingini..
lain orang lain pendapat.. betol tak? ;)
sekian...

Tuesday 26 November 2013

Assalamulaikum kawan-kawan semua.. hari ni aku nak kongsi beberapa tips untuk pengurusan masa especially student macam kita ni.. harap dapat membantu korang semua..

sumber : 


Monday 25 November 2013

Assalamulaikum.. 
da tiga empat hari tak update blog..ni sebab wekend aritu aku balik uma..huhuhu..
kat uma aku xada wifi mcm kat ukm ni..
lagipun kalau da dkt uma mesti tak sempat nak bkak lepy..bagi aku la..tak tahu la kalau orang lain cane.. 
kenapa setiap kali kalau nak balek dari uma ke ukm mesti aku sedih..aku rase sayu sangat nak tinggalkan uma..
mgkin disebabkan mak abah aku da tua da tak s
ihat sangat jadi tu membuatkan aku keberatan untuk pergi jauh meninggalkan mereka..even tak la jauh mane..
uma aku dekat klang je..cuma jauh la jgk tu kan.. 
kalau dekat uma mesti susah sikit nak stadi coz fokus aku lebih kepada family..bila dkt uma, aku rase tenang je 
sebab aku boley berkumpul bersama dengan family..
 bila da balik ukm mesti da mula stres memikirkan keje yang bertimbun..final lebih kurang tinggal sebulan je.. 
Ya Allah,bolehkah aku lalui semua ini dengan baik dan lancar.. kadang-kadang terfikir dalam hidup ni tak ada siapa yang tak ada masalah dan setiap orang ade masalah..sumua ni tergantung pada kita 
macam mana cara kita nak atasi masalah ni.. aku ingat lagi kata-kata daripada seorang kakak ni yang
 kerja dekat kedai roti sebelah farmasi aku dulu, 
mase tu kitorang nga mkn same2,
 die ade pesan kat aku kalau nak jadi orang luar biasa kena buat pekara yang luar biasa.. 
aku akan cuba buat semampu dan sekuat mana yang aku boleh.. untuk mengejar dunia jangan sampai kita terleka kerana dunia hanya sementara.. 
akhiralah yang kekal abadi selama-lamanya. mudah-mudahan perjalanan hidup aku sentiasa di berkati ALLAH,INSYAALLAH AAMIIN..

Thursday 21 November 2013

Assalamualaikum..
hye kawan-kawan.. da lame tak update blog sebab lappy kena format..huhuhuh..lame plak tu.. tiga hari kot... terpaksa la bersabar.. arini baru dpt lappy... susahnya hidup tanpa lappy..especially for student..laen la kalau yg  ade gadjet canggih-canggih tu kan.. well...sekarang ni kan zaman IT.. teknologi da canggih da..huhuhu.. da la aku ni buta IT.. kena sentiase update dgn current issues.. kadang-kadang ade teknologi yg kte senang nak paham..kadang2 ade yg xphm lgsung..huhuhu.. aku tak minat sgt bidang2 yg berkaitan dengan benda-benda mcm ni..tp tak leh lari..kene blaja jgk..
alhamdulilah skrg aku da tahu la cket2 cane nak mempercantikkan lagi blog aku ni...berkat pertolongan kawan aku sorang ni..alhamdulilah blog aku better compare before this..tanx a lot to that person..hahahhaha....

Saturday 16 November 2013

Alhamdulilah exam midsem aku
 da berahir..sekarang just focus untuk final pulak.. banyak pengajaran yg aku dapat dari exam midsem ni..aku kena ubah cara aku stadi..stadi dekat uni tak sama macam stadi dekat skola or matrik..lebih kurang sebulan lebih je lagi aku akan menduduki exam final.. rase macam tak percaya je yg da nak habis satu sem..cepatnya masa berlalu..
kena mula stadi dari sekarang..tak boleh berlengah lagi..tapi biasalah,
kadang-kadang ada mase kite punya mood ok,
kadang-kadang tak ok..ade turun naik..bila asek stadi rase jemu pulak..so kena pandai2 
cari cara macam mane nak kawal semua tu..
jangan menyesal dikemudian hari..
PLEASE WAKE UP NOW!!!
DONT FORGET YOUR PROMISE..IF OTHERS CAN DO IT,
WHY NOT YOU.. BE TOUGH AND STRONG.. :))

Friday 15 November 2013

Hello hello....hemmm malam nak cite 
pasai ape plak ea...haa pasai shopping dekat pusanika waktu tgh hari td..hahahaha...
kisah nya bermula begini..aku,nadia n tikah berjalan kaki lepas habis kelas ke pusanika..
kami memang setiap hari habis kelas je mesti makan dekat pusanika..lagipun pusanika tu dekat je ngan fakulti kami..FEP..hahaha..dkt dengan PTSL jugakkk..huhuhu..kat pusanika ade booth2 jual macam2 especially baju,tudung n macam2 lagi..so ktorang ni da lama pendam hasrat untuk bershopping..dan pagi tadi memang shopping habes laaa...huhuhu..mula2 hasrat dihati cuma nak tengok2 je nak cuci mata la orang kate..tapi nmpknye iman xkuat..duit tu tak leh  dok diam kt dompet..hahahaha...
lepas tu kan, nak tahu tak..
mase ade dkt satu booth ni..kitorang berkenan nan baju2 jubah kat situ..memang cantikk..dok belek2 tu kitorang pun tanya la harga kat makcik tu..hemmm not bad la harga die..rm69..sbb jubah tu lawa..pas2 ktorang tanya la booth ni buka sampai bila...pastu tahu tak makcik tu jawab ape..die kata sampai duit PT kitorang habis...hahaha..ape lagi tergelak la kitorang..hmm mmg habis la kan jawab nya..tadi pun aku shopping habis dalam rm154..beli baju blaus 4 helai ngan 1 cardigan..cardigan ni murah je..rm15..kt luar mesti rm30 above.. memang tak expect pun nak shopping banyak macam tu..huhuhu..lpas ni da kena berjimat la nampak nya..
haaa lagi satu..sepatutnya harini result jpa kluar tapi die postpone..ni da second time da postpone..gggrrr...sabar je la...

Thursday 14 November 2013

Hye sume.. haa..arini nak cite pasal monyet
 masuk serang bilik..
sebena nye semalam kejadian ni berlaku.
.tapi sbb smlm dok tension dengan exam kn..so lupo plak nak cite.. mcm ni cite nye..smlm aku ade kelas dari pkul 8 pagi
 sampai kol 2 petang..pas abes kelas tu p singgah pusan sekejap..pastu balek kolej la kan..balek jalan kaki je..
sorang-sorang plak tu..haha..sepanjang da bape 
bulan kat ukm ni..belum pena sekalipun nek bus 
time pegi n balek kelas..even da bayar da duit bus tu..
mahal plak tu..huhuhu... lebih kurang da nak dekat pukul 3 
macam tu baru sampai kolej..da la kolej paling tinggi dekat ukm..hari2 pegi n balik kelas jalan kaki so memang 
penat sangat la kan..dengan penatnye nye aku 
pun naik la tangga..bilik aku aras dua.. pastu da sampai depan pintu,aku kluarkan kunci n bkak pintu..
mse da bkak pintu tu aku pelik nape tetbe ketas nota statistik aku ade dkt atas lantai..depan pintu plak tu..
haisshh pelik..padahal sblm aku pegi kelas pagi tadi besih n kemas je bilik aku ni..aku pun buka pintu selebar-lebarnya
 dan terkaku seketika tengok bilik da macam tongkang pecah..
da la penat..tension nan exam..monyet plak bg 
masalah lain..ggggrrrr...stressss...
aku kol rumate bagitaw yang bilik kitorang da kene p
ecah masuk dengan monyet.. sebenarnye 
mase cuti midsem aritu monyet tu da pena masuk..die amek butter kat ats almari buku rumate aku..mase tu die tak kaco barang lain..rumate aku tu pun bru pasan yg butter die da ilang.. 
ok berbalik dengan cite tadi..pas kol rumate,aku xtahu
 nak wat ape dlu..apa yang aku fikir time tu aku nak solat dlu..dengan bilik bersepah tu aku pun solat la..
da siap solat baru rumate aku sampai kt bilik..hmmm..monyet2 tu masuk dari tingkap..tingkap tu da loose sikit..monyet2 kt ukm ni kn da ade master n phd..so dorang ni bijak2 belaka..
abes sume buku2 nota aku die jatuhkan dari rak buku..bedak johnson aku die kompel penutup nye n die tuang sume atas meja stadi..ubat resdung pun die bkak n tabur atas lantai..sume laci-laci die bkak n kluarkan segala isi dlm laci.. mgkin die stress kot sbb xjmp mknan..tp masalahnye tmpt aku pling terok kena..d
an yg lagi peliknye tu,tin biskut ats rak buku rumate 
aku tak pulak dye amek..haishh xkan tak nmpk kn..
xtwu la ape motif monyet2 tu..nak kate aku pena
 kaco dorang,nak dkt pun aku takot apatah lagi nak usik..x
phm btolll laa..sabun pencuci muka aku pun die bedal jgk..
xphm btoll..mayb sbb bau die wangi n sedap kot..
yela sbb aku guna sabun buku papaya.. 
dok penat2 tu aku kemas balik bilik..da la tengah stress
sbb xbace buku lagi..mlm tu 
ade exam plak..mmg bersabar je la kan..
lantai aku jadi licin sbb bedak yg monyet tu tabur..
lbeh kurang pkul 4 lbeh tu baru aku siap kemas..
memang stress sangat smlm..huhuhuhu

Wednesday 13 November 2013

Arini nak cakap pasal stress nyee bila exam
 dekat2 n tak prepare sepenuhnya...dalam minggu ni je pun ade lima exam yang dekat2.. rase sangat 
stress n da menangis juga sebab tension.. tapi bila
 tengok orang sume, dorang macam relaxxx jeee... 
keee dalam ati dorang punn same cam aku..
buat pertama kali nyee
 waktu exam kluar awal..uwaarrrggghhhh...stresssnyeeeeee...
nape hidup kat u macam ni....tensionnnn..... 
sebelum ni xpena kluar exam awal even 
da siap sepenuhnya.. 
exam addmath mse spm ari tu pun even da siap 
tapi cek sampai 4 - 5 kali..pastu mase pspm 2 time dkt matrik exam paper akaun pun same jgkk..cekk 4-5 kali..tapi nape dkt u xleh wat mcm tu...stressnyeee... hmmmmm.. sedihhh betolll... sekarang ni cuma final je yang boleh nak score lebihh..tapi usaha kena lebih dari mid sem ni..tapi aku boleehhh kee...???? :'(((((

Tuesday 12 November 2013

selamat kembali ke laman blog... 
hmmmm da lame xupdate.. cuti midsem seminggu..blog pun cuti seminggu..
bila da bukak cuti ni..banyak pulak la midterm.. 
baru rase kehidupan sebagai seorang pelajar yang sebenar di universiti..da mula rase tension,stress, pressure.. semua ade..hmmmmm.. dalam minggu ni pun ade 5 midterm..tidur memang comfem la x cukup kan.. ini la baru nama nye pengorbanan.. 
sepanjang pengalaman sambung belajar setakat ni, kehidupan kat matrik la yang paling seronokkk sangaattt..
sape kate dok matrik stress..kat uni satu sem ase macam compact sangat..
mayb sebab subject yang kene amek tu banyak kot..
hmmmmmmm...
pape pun....matrik memang terbaikkk laaa..
hhuhuhu....
rinduuuu nyeee nak balik matrik...


Wednesday 30 October 2013

 Alhamdulillah..berkat kesabaran dan bantuan rakan-rakan semua akhirnya siap juga assignment ni.. :) Terima Kasih semua.. :)






Monday 28 October 2013

ASSALAMUALAIKUM.. :)
ARINI SAYA NAK SHARE CITE PASAL PENGALAMAN BALIK KELAS PETANG TADI.. HAHAHA..1ST TIME DAPAT PENGALAMAN MACAM NI..OK,NAK DIMULAKAN CITE, PETANG TADI SAYA ADE KELAS PEMBANGUNAN DIRI 1 DI DK1 PUKUL 5 - 7 PETANG.. DOK2 TENGAH KHUSYUK FOCUS DLM DK,TETBE DGR BUNYI GURUH..HMMM PETANDA HUJAN NAK TURUN LA KAN..MASE TU BARU PUKUL 6 LEBIH.. (MACAM2 BUNYI SEBENARNYA LEY DGR MASE DLM DK TADI, TERMASUKLAH BUNYI KUALI ORG TGH MASAK..HAHAHA..AL MAKLUM LA DK1 NI DKT JE NGAN KIOSK SBLH FEP TU) HEHEHE..LECTURER KT DPN PUN ADE TEGO JGK SBB BUNYI KUALI TU..HAHAH.

OK..BERBALIK PADA CITE TD,BEBERAPA MINIT SELEPAS BUNYI GURUH TU, MAKA TERDENGARLA BUNYI DERAS HUJAN YANG LEBAT..HAHAHA.. MASE TU LAGI 10MINIT MACAM TU,KELAS PUN TAMAT.. HMM DA LA LUPA NAK BAWAK PAYUNG SBB SBLUM NI XPENA KENE MCM NI..HEHEHEH.. (SBB TU ADE PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN)..  HUJAN PUN TURUN DENGAN LEBATNYA.. KLU HUJAN BARU TURUN MESTILA AMEK MASE KN NAK BENTI..

SO SAYA NGAN KWN SAYA SORG NI KTORANG PUN DECIDE TOK REDAH JGK..HAHAHAH.. XPENA WAT KEJE MCM NI SBLM NI..KTORANG PUN REDAH JE LA..DENGAN KILAT PETIR SUME KTORANG REDAH JE..RASE TKOT MESTI ADE WAKTU TU,CUMA TAWAKAL JE LA..YELA KALAU TAK REDAH NNTI ALAMATNYA SMPAI KOLEJ LAMBAT LA..HUHUHU. NGA AZAN MAGRIB TU KTORANG TERUS MENGHARUNGI HUJAN LEBAT.. SUMORANG DOK TENGOK JE..HAHAHA..WAT MKE SLAMBER JE PADAHAL DLM HATI......TUHAN JE YG TAHU.. AKHIRNYA SAMPAI JUGA DEKAT KOLEJ DENGAN BAJU,BEG SUME TOTALLY BASAH LENJUN..SAMPAI BILIK TROS P MANDI..ALHAMDULILAH TAK DEMAM.. SO PENGAJARAN LEPAS NI..JANGAN LUPA BWK PAYUNG..HAHAH.. OK.. BUBYE.. ;)

Friday 25 October 2013

KAD KOLEJ SAYA

HAI KAWAN-KAWAN SEMUA..KORANG ADE DAPAT TAK KAD KOLEJ KORANG PUNYA MASING-MASING..? HEHEHE 







Thursday 24 October 2013

JUST WANT TO SHARE WITH ALLS

HEY GUYS,CAN YOU IDENTIFY ADVERBS AND ADJECTIVES IN THIS SONG?



































Wednesday 23 October 2013

EXAM DAN PRK

Pada malam ini 23/10/13 pada pukul 8 malam sehingga 11 malam saya bakal menduduki peperiksaan pertengahan semesta untuk kursus prinsip perakaunan. Fizikal dan mental telah dipersiapkan supaya dapat menjawab nya dengan baik.. Cuba berusaha yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.. Setelah berusaha sedaya upaya, kini tinggal tawakal pada yang BERKUASA.. Harap semua nya berjalan dengan baik dan lancar , InsyaALLAH..  


Pada hari ini juga saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelajar untuk mengundi pemimpin yang mampu untuk memimpin mahasiswa dengan bertanggungjawab dan cemerlang.. Semoga para pemimpin yang telah dipilih melalui undian ini mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan berkaliber..InsyaALLAH.. :)

Ok..itu saja untuk hari ini.. bye kawan-kawan.. :)

Tuesday 22 October 2013

ADAT BELAJAR

hye kawan-kawan.. nak tanya ni.. korang semua pernah tak rase putus asa, rase nak menyerah, rase tak kuat masa menuntut ilmu..? saya jamin setiap orang pasti melalui perasaan dan pengalaman macam ni.. tapi ni semua tergantung pada kita bagaimana cara kita untuk atasi masalah ni.. 

hmmm..macam tu la yang berlaku kt saye saat ini.. sepanjang pengalaman saya belajar dari peringkat upsr,pmr,spm,matrikulasi dan degree, peringkat matrikulasi la bagi saya yang paling seronok,paling gembira..pelajaran die pun mudah je untuk difahami dan senang nak bawak.. sape kate matrikulasi ni susah..mase setahun tu sangat bermakna.. sebenarnya die tergantung macam mane cara kite nak adaptasi diri dengan kehidupan dkt matrik.. so jgn buat kesimpulan sebelum melalui sendiri kehidupan kt matrik..jgn pecaye sgt dengan persepsi orang lain sebelum merasai sendiri..

bile da sebulan dua duduk dkt uni da mule rase kehidupan sebenar sebagai seorang mahasiswa.. ade subjek yang susah nak faham..kadang-kadang rasa macam nak give up..menangis pun da.. kekadang terfikir kalau orang lain boleh buat, kenapa kite tak boleh buat.. kalau nak dapat kejayaan yang luar biasa,kite kene buat perkara luar biasa.. kalau nak jadi orang luar biase,jangan buat pekara orang biase buat.. perjuangan baru nak mula.. jangan menyerahhh.. yeahhhh... terus semangat.... Believe You Can.. :)

Monday 21 October 2013

Sekadar peringatan bersama


kepada saudara-saudari seislam, jangan leka dan hanyut dengan kemajuan dunia sekarang.. Ingatlah bahawa  kiamat semakin hampir..dan tanda-tanda kiamat sudah banyak yang berlaku.. jangan tunggu da tua baru kta nak bertaubat.. sesungguhnya ALLAH sangat sukakan orang yang masih muda tetapi sentiasa bertaubat kepadaNYA.. sedarlah wahai saudara sekalian.. jangan pandang remeh terhadap perkara ini.. Urusan akhirat jauh lebih penting berbanding dunia.. HIDUP KITA UMPAMA  SEBUAH PERJALANAN.. KITA HANYA SEBAGAI PERANTAU DAN MUSAFIR.. 

Sunday 20 October 2013

KEPIMPINAN

Hello kawan-kawan semua ...!!  :) semua sehat..?  da beberapa hari tak sempat nak update blog sebab  sibuk dengan kelas,tugasan dan aktiviti-aktiviti kolej.. haa sebut tentang aktiviti kolej ni, hari ni sebenarnya saya baru balik daripada Program Kepimpinan yang dianjurkan oleh kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob.. Salam  Highlanders...!! hehehhe

ok.. nama program ini ialah Program Interaksi Kepimpinan yang dianjurkan untuk pelajar tahun satu. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar tapi masih belum ditonjolkan lagi. Program ini diadakan di Port Dickson selama dua hari satu malam iaitu pada 19- 20 Oktober 2013. macam-macam aktiviti yang dilakukan dalam program ini..

seramai lebih kurang 30 peserta yang menyertai program ini..
aktiviti bermula pada jumaat malam sabtu dimana Latihan Dalam Kumpulan 1dijalankan  dengan membahagi kumpulan,mencari nama kumpulan,mencipta logo,motto dan "cheers" kumpulan...

Dan inilah logo dan nama kumpulan saya.. :D


















nama kumpulan kami mamey jambu kerana perkataan mamey menerangkan tentang moto kami iaitu M=MAHASISWA
A=AKTIF
M=MENERAJU
E=ERA
Y=GENERASI Y

setiap lukisan yang terdapat dalam logo mempunyai maksud yang tersendiri antaranya ..

  • Bentuk buah jambu seperti segi tiga melambangkan sistem kepimpinan yang diamalkan di Malaysia ialah sistem demokrasi berparlimen..
  • Daun menununjukkan bahawa sebagai seorang pemimin yang berkaliber,kita perlulah menjadi naungan terhadap anak-anak buah di bawah kepimpinannya
  • Keris melambangkan bahawa apabila seseorang telah nmenjadi seorang pemimpin, jati diri, asal usul, adat perlu kental dalam  jiwa..jangan mudah lupa daratan..


gambar-gambar sepanjang program..

LDK2 : kami diminta untuk mencari barang semulajadi yang berharga bagi kami. kumpulan saya memilih ketam ini..





di hadapan khemah




 bersama roomate..





kawasan perkhemahan perempuan..





kawasan perkhemahan lelaki..




di kafe..






di tepi pantai selepas aktiviti LDK terakhir sebelum pulang..




 ini khemah saya.. :)







bersama "tentmate".. (yang tudung kelabu dua dari kiri tu ahli kumpulan saya)..




konklusinya, objektif program ini telah tercapai iaitu untuk mencungkil bakat kepimpinan di dalam diri pelajar tahun satu.. ilmu yang diperolehi daripada program ini akan saya manfaat sebaiknya, insyaALLAH..











.