Wednesday 27 November 2013

APA ITU GST SEBENARNYA?
Hye semua..kali ni aku nak share tentang sedikit input yang aku dapat pada petang tadi dalam wacana ilmiah..


mula-mula aku tak faham apa itu GST.. dan selepas mendengar forum ini pada petang tadi, sedikit sebanyak tahu lah jugak apa isu semasa negara kita sekarang..
Ade antara ahli panel yang setuju dan tidak setuju dengan cadangan kerajaan 
untuk melaksanakan GST ni di negara kita dalam jangka masa lebih kurang dua atau satu tahun lagi
iaitu pada tahun 2015..
pada masa sekarang ni kita masih guna sistem cukai SST lagi..
SST cukai yang dikenakan kepada barang2 tertentu sahaja dan bukan semua barang yang berada dalam ekonomi Malaysia sekarang ni, manakala GST pula cukai yang dikenakan terhadap semua jenis barang yang dikeluarkan dalam ekonomi Malaysia..
GST melibatkan semua rakyat Malaysia samaada tua,muda,miskin,kaya,bayi,kanak-kanak,dewasa, semua dikenakan GST.
GST lebih membebankan kepada pengguna terakhir atau rakyat kerana  penjual,pengilang,pemborong tidak menanggung GST ni..
Kerajaan mewar-warkan hasil kutipan cukai GST sebanyak 30billion tetapi tidak menjelaskan kemana akan perginya wang sebanyak itu..
Rakyat masih kurang jelas tentang tujuan utama GST selain untuk membiayai belanjawan defisit negara pada masa kini..
Kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif seperti memberi TAX EDUCATION sejak diperingkat sekolah lagi  dalam menerangkan tujuan=tujuan mengapa langkah ini diambil..
GST bukan satu jalan penyelesaian yang terbaik jika ia dikatakan dapat menyelesaikan masalah defisit negara..
Disiplin belanjawan perlu ada supaya masalah ini dapat diatasi tanpa melaksanakan GST..

*Itu antara input=input yang boleh aku share dengan korang semua..
ada yang setuju dan tidak setuju..
korang pulak macam mana? apa pendapat korang tentang pekara ni..
apa-apa pun, setiap perkara di dunia ni mesti ada kelemahan dan kelebihan..tak ada perkara yang perfect..
konklusinye, pilih sesuatu pekara yang lebih sesuai dengan situasi yang diingini..
lain orang lain pendapat.. betol tak? ;)
sekian...

No comments:

Post a Comment