Wednesday 30 October 2013

 Alhamdulillah..berkat kesabaran dan bantuan rakan-rakan semua akhirnya siap juga assignment ni.. :) Terima Kasih semua.. :)






Monday 28 October 2013

ASSALAMUALAIKUM.. :)
ARINI SAYA NAK SHARE CITE PASAL PENGALAMAN BALIK KELAS PETANG TADI.. HAHAHA..1ST TIME DAPAT PENGALAMAN MACAM NI..OK,NAK DIMULAKAN CITE, PETANG TADI SAYA ADE KELAS PEMBANGUNAN DIRI 1 DI DK1 PUKUL 5 - 7 PETANG.. DOK2 TENGAH KHUSYUK FOCUS DLM DK,TETBE DGR BUNYI GURUH..HMMM PETANDA HUJAN NAK TURUN LA KAN..MASE TU BARU PUKUL 6 LEBIH.. (MACAM2 BUNYI SEBENARNYA LEY DGR MASE DLM DK TADI, TERMASUKLAH BUNYI KUALI ORG TGH MASAK..HAHAHA..AL MAKLUM LA DK1 NI DKT JE NGAN KIOSK SBLH FEP TU) HEHEHE..LECTURER KT DPN PUN ADE TEGO JGK SBB BUNYI KUALI TU..HAHAH.

OK..BERBALIK PADA CITE TD,BEBERAPA MINIT SELEPAS BUNYI GURUH TU, MAKA TERDENGARLA BUNYI DERAS HUJAN YANG LEBAT..HAHAHA.. MASE TU LAGI 10MINIT MACAM TU,KELAS PUN TAMAT.. HMM DA LA LUPA NAK BAWAK PAYUNG SBB SBLUM NI XPENA KENE MCM NI..HEHEHEH.. (SBB TU ADE PERIBAHASA SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN)..  HUJAN PUN TURUN DENGAN LEBATNYA.. KLU HUJAN BARU TURUN MESTILA AMEK MASE KN NAK BENTI..

SO SAYA NGAN KWN SAYA SORG NI KTORANG PUN DECIDE TOK REDAH JGK..HAHAHAH.. XPENA WAT KEJE MCM NI SBLM NI..KTORANG PUN REDAH JE LA..DENGAN KILAT PETIR SUME KTORANG REDAH JE..RASE TKOT MESTI ADE WAKTU TU,CUMA TAWAKAL JE LA..YELA KALAU TAK REDAH NNTI ALAMATNYA SMPAI KOLEJ LAMBAT LA..HUHUHU. NGA AZAN MAGRIB TU KTORANG TERUS MENGHARUNGI HUJAN LEBAT.. SUMORANG DOK TENGOK JE..HAHAHA..WAT MKE SLAMBER JE PADAHAL DLM HATI......TUHAN JE YG TAHU.. AKHIRNYA SAMPAI JUGA DEKAT KOLEJ DENGAN BAJU,BEG SUME TOTALLY BASAH LENJUN..SAMPAI BILIK TROS P MANDI..ALHAMDULILAH TAK DEMAM.. SO PENGAJARAN LEPAS NI..JANGAN LUPA BWK PAYUNG..HAHAH.. OK.. BUBYE.. ;)

Friday 25 October 2013

KAD KOLEJ SAYA

HAI KAWAN-KAWAN SEMUA..KORANG ADE DAPAT TAK KAD KOLEJ KORANG PUNYA MASING-MASING..? HEHEHE 







Thursday 24 October 2013

JUST WANT TO SHARE WITH ALLS

HEY GUYS,CAN YOU IDENTIFY ADVERBS AND ADJECTIVES IN THIS SONG?



































Wednesday 23 October 2013

EXAM DAN PRK

Pada malam ini 23/10/13 pada pukul 8 malam sehingga 11 malam saya bakal menduduki peperiksaan pertengahan semesta untuk kursus prinsip perakaunan. Fizikal dan mental telah dipersiapkan supaya dapat menjawab nya dengan baik.. Cuba berusaha yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.. Setelah berusaha sedaya upaya, kini tinggal tawakal pada yang BERKUASA.. Harap semua nya berjalan dengan baik dan lancar , InsyaALLAH..  


Pada hari ini juga saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelajar untuk mengundi pemimpin yang mampu untuk memimpin mahasiswa dengan bertanggungjawab dan cemerlang.. Semoga para pemimpin yang telah dipilih melalui undian ini mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan berkaliber..InsyaALLAH.. :)

Ok..itu saja untuk hari ini.. bye kawan-kawan.. :)

Tuesday 22 October 2013

ADAT BELAJAR

hye kawan-kawan.. nak tanya ni.. korang semua pernah tak rase putus asa, rase nak menyerah, rase tak kuat masa menuntut ilmu..? saya jamin setiap orang pasti melalui perasaan dan pengalaman macam ni.. tapi ni semua tergantung pada kita bagaimana cara kita untuk atasi masalah ni.. 

hmmm..macam tu la yang berlaku kt saye saat ini.. sepanjang pengalaman saya belajar dari peringkat upsr,pmr,spm,matrikulasi dan degree, peringkat matrikulasi la bagi saya yang paling seronok,paling gembira..pelajaran die pun mudah je untuk difahami dan senang nak bawak.. sape kate matrikulasi ni susah..mase setahun tu sangat bermakna.. sebenarnya die tergantung macam mane cara kite nak adaptasi diri dengan kehidupan dkt matrik.. so jgn buat kesimpulan sebelum melalui sendiri kehidupan kt matrik..jgn pecaye sgt dengan persepsi orang lain sebelum merasai sendiri..

bile da sebulan dua duduk dkt uni da mule rase kehidupan sebenar sebagai seorang mahasiswa.. ade subjek yang susah nak faham..kadang-kadang rasa macam nak give up..menangis pun da.. kekadang terfikir kalau orang lain boleh buat, kenapa kite tak boleh buat.. kalau nak dapat kejayaan yang luar biasa,kite kene buat perkara luar biasa.. kalau nak jadi orang luar biase,jangan buat pekara orang biase buat.. perjuangan baru nak mula.. jangan menyerahhh.. yeahhhh... terus semangat.... Believe You Can.. :)

Monday 21 October 2013

Sekadar peringatan bersama


kepada saudara-saudari seislam, jangan leka dan hanyut dengan kemajuan dunia sekarang.. Ingatlah bahawa  kiamat semakin hampir..dan tanda-tanda kiamat sudah banyak yang berlaku.. jangan tunggu da tua baru kta nak bertaubat.. sesungguhnya ALLAH sangat sukakan orang yang masih muda tetapi sentiasa bertaubat kepadaNYA.. sedarlah wahai saudara sekalian.. jangan pandang remeh terhadap perkara ini.. Urusan akhirat jauh lebih penting berbanding dunia.. HIDUP KITA UMPAMA  SEBUAH PERJALANAN.. KITA HANYA SEBAGAI PERANTAU DAN MUSAFIR.. 

Sunday 20 October 2013

KEPIMPINAN

Hello kawan-kawan semua ...!!  :) semua sehat..?  da beberapa hari tak sempat nak update blog sebab  sibuk dengan kelas,tugasan dan aktiviti-aktiviti kolej.. haa sebut tentang aktiviti kolej ni, hari ni sebenarnya saya baru balik daripada Program Kepimpinan yang dianjurkan oleh kolej saya iaitu Kolej Ibrahim Yaakob.. Salam  Highlanders...!! hehehhe

ok.. nama program ini ialah Program Interaksi Kepimpinan yang dianjurkan untuk pelajar tahun satu. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar tapi masih belum ditonjolkan lagi. Program ini diadakan di Port Dickson selama dua hari satu malam iaitu pada 19- 20 Oktober 2013. macam-macam aktiviti yang dilakukan dalam program ini..

seramai lebih kurang 30 peserta yang menyertai program ini..
aktiviti bermula pada jumaat malam sabtu dimana Latihan Dalam Kumpulan 1dijalankan  dengan membahagi kumpulan,mencari nama kumpulan,mencipta logo,motto dan "cheers" kumpulan...

Dan inilah logo dan nama kumpulan saya.. :D


















nama kumpulan kami mamey jambu kerana perkataan mamey menerangkan tentang moto kami iaitu M=MAHASISWA
A=AKTIF
M=MENERAJU
E=ERA
Y=GENERASI Y

setiap lukisan yang terdapat dalam logo mempunyai maksud yang tersendiri antaranya ..

  • Bentuk buah jambu seperti segi tiga melambangkan sistem kepimpinan yang diamalkan di Malaysia ialah sistem demokrasi berparlimen..
  • Daun menununjukkan bahawa sebagai seorang pemimin yang berkaliber,kita perlulah menjadi naungan terhadap anak-anak buah di bawah kepimpinannya
  • Keris melambangkan bahawa apabila seseorang telah nmenjadi seorang pemimpin, jati diri, asal usul, adat perlu kental dalam  jiwa..jangan mudah lupa daratan..


gambar-gambar sepanjang program..

LDK2 : kami diminta untuk mencari barang semulajadi yang berharga bagi kami. kumpulan saya memilih ketam ini..





di hadapan khemah




 bersama roomate..





kawasan perkhemahan perempuan..





kawasan perkhemahan lelaki..




di kafe..






di tepi pantai selepas aktiviti LDK terakhir sebelum pulang..




 ini khemah saya.. :)







bersama "tentmate".. (yang tudung kelabu dua dari kiri tu ahli kumpulan saya)..




konklusinya, objektif program ini telah tercapai iaitu untuk mencungkil bakat kepimpinan di dalam diri pelajar tahun satu.. ilmu yang diperolehi daripada program ini akan saya manfaat sebaiknya, insyaALLAH..











.


























Wednesday 16 October 2013

Masa Berlalu Pantas

Rasa macam baru semalam je kite bercuti sempena hari raa korban...tengok2 sekarang da abes da cuti raye.. rase sekejap sangat..pantas nya masa berlalu.. rasa belum puas lagi bercuti.. :( walaupape pun,perjuangan perlu diteruskan.. semoga setiap urusan dipermudahkan, insyaALLAH aamiin.. :)


Sunday 13 October 2013

Fadhilat Puasa Pada Hari Arafah

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasullullah SAW: "berpuasa pada Hari Arafah dinilai disisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya. " (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda : "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. " (Hadith Riwayat Imam Muslim)

begitu besar ganjaran pahalanya.. ayuhlah saudara-saudari seislamku,jangan kita lepaskan ganjaran pahala yang besar ini.. mudah-mudahan setiap amalan kita diterima olehNnya..insyaALLAH..aaminn.. :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
         

Friday 11 October 2013

PULANG BERCUTI 


alhamdulilah.. hari ini da boleh balik rumah bersempena dengan perayaan hari raya korban.. :)
sempat nak stadi ke tak ye...heheheh.. tapi bawak balik banyak buku..menambah berat beg aje..heheheh.

pagi tadi ade kuiz statistik..hmmmm agak sukar jugak...bukan sukar ape..cume kurang faham..sebab reference book dalam bi tapi exam dalam bm..so ambil masa untuk adaptasi.. konkusyennye,kena perbanyakkan lagi baca buku dan buat latihan.. semoga semuanya berjalan dengan lancar, INSYAALAAH..aamiin.. :)


Wednesday 9 October 2013

RASA SYUKUR.. :D

ALHAMDULILLAH...ucapan syukur yang tak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah memberi apa yang saya miliki saat ini... :)

semalam tak dapat nak share dekat blog sebab blackout... sob3x.. :'(

selama hampir 24jam lebih tak ada elektrik dekat Kolej Ibrahim Yaakob dan mugkin juga beberapa kawasan lain yang turut terjejas dengan gangguan elektrik.. selama itu juga lah segala aktiviti harian yang perlu menggunakan elektrik terganggu..nak stadi malam pun tak boleh..nak masak air tuk breakfast pun xboleh..pegi kelas pakai tshirt je sebab baju kurung tak iron lagi.. tido malam dalam keadaan yang banyak nyamuk..panas pulak tu.. da nak dekat magrib baru elektrik ada kembali...alhamdulilah..syukur sangat3..
selama tak ada elektrik..ade juga terdetik dalam hati macam mane la orang-orang dulu yang hidup susah serba kekurangan,tak ada air,tak ada elektrik..tak ade kemudahan...lagi susah mereka berbanding dengan zaman sekarang.. kan kawan-kawan? :)

lagi satu saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Dr.Norazila iaitu pensyarah untuk kursus aplikasi komputer sebab telah memberi markah bonus untuk final..walaupun hanya 3 markah tetapi itu amat amat amat  dan terlalu amat bermakna buat saya..alhamdulilah..terima kasih Dr.. :) pengajaran buat saya disini ialah setiap pekara harus ada keberanian..kita harus mencuba setiap perkara yang bagi kita,kita mampu untuk melakukannya..meskipun terdapat kekurangan dalam kita melakukan pekara tersebut namun sekurang-kurang nya kita mencuba..itu lah yang lebih penting.. Alhamdulilah da ade peubahan positif dalam ini... :')


Monday 7 October 2013

PERKARA YANG MENARIK PADA HARI INI :)


Pertama sekali ialah saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang apa yang telah saya perolehi  dalam  kelas Pembangunan Diri 1 pada hari ini.. bagi saya ini merupakan salah satu cara pembelajaran yang menarik.. kami diminta untuk membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari tentang topik satu iaitu tentang komunikasi.. kami dipecahkan kepada 8kumpulan..dan kumpulan saya ialah kumpulan 7.. kemudian..kami diminta untuk memikirkan satu perkataan yang boleh menggambarkan tentang kumpulan kami..selain itu kami juga diminta untuk mencipta logo kumpulan.. dan inilah hasilnya..





Opportunist adalah nama kumpulan kami. ia bermaksud kami sebagai student business sentiasa mengambil peluang dan ruang yang ada untuk maju dalam business.
Globe menggambarkan kami mengambil peluang yang ada bukan sahaja dari dalam negara, bahkan di seluruh dunia.
Gambar tangan menunjukkan bahawa kami sentiasa bersiap siaga untuk merebut peluang.


inilah serba sedikit hasil pembelajaran pada hari ini.. memang awesome sangat...! :)




Selain itu, perkara yang saya nak kongsikan ialah tentang Majlis Wacana bersama Menteri Kewangan Kedua Malaysia..

mendapat maklumat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita..
dapat mengetahui perkembangan ekonomi negara dan global pada masa kini dengan lebih jelas..so great... :)




























Sunday 6 October 2013


NUKILAN  HATI INI

hari pertama melangkah masuk ke UKM..
berbagai perasaan yang timbul..
teruja..semangat..bangga..sedih..hiba..gembira..resah..khuatir.. 
dan macam-macam lagi perasaan yang ada...
sedih saat melihat keluarga pulang...

dalam hati tersimpan semangat baru yang perlu dibukti kan kepada semua...
bermulanya kehidupan baru sebagai seorang mahasiswi..
langkah perjalanan semakin hampir ke destinasi..
namun tak bermakna ianya mudah begitu saja..
perjuangan mula membuka tirai..

setelah sebulan berada di UKM..
berbagai pengalaman baru diharungi..
suasana belajar yang baru..ilmu yang lebih mencabar..jadual harian yang padat..
sentiasa menjadi menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa sepenuh masa..
masa yang tinggal kini semakin pendek..
masa kini berlalu begitu pantas..
tiada sapa yang dapat menafikannya..
kadang kala ketika tersedar tentang betapa pentingnya masa..
rasa menyesal tiada guna lagi..
namun..sebagai manusia..kadang kala kita terlena..

setelah sebulan berlalu..
jadikan ia sebagai panduan untuk perbaiki hari-hari yang mendatang..
sebagai ingatan kepada diri ini supaya jangan terleka dan terpengaruh dengan perkara yang tidak baik..
gunakan masa yang masih ada ini untuk lakukan yang terbaik..
sentiasa mengimbangkan antara dunia dan akhirat..
sentiasa bermohon dan mengadu pada yang SATU..
insyaALLAH..segala perkara akan dipermudahkan..aamiin.. 

JANGAN LUPA ALLAH
YAKIN DIRI JAYA 
LAKUKAN SETIAP PERKARA YANG BAIK NIAT KERANA ALLAH
BELAJAR,BERUSAHA,BERBAKTI

antara pesan abah yang tersayang.. :)









Saturday 5 October 2013

I LOVE ALLAH



“hmm.. kesian kakak tu kan?
Dia menarik nafas perlahan.. ya Allah..ya Allah.. sungguh Allah Maha Hebat. Biarpun dirasakan berat pada pandangan mata lain. Namun, dia masih tetap bersabar. Kerana dalam lubuk hatinya, Dia tahu ada sebab mengapa dia yang terpilih dalam ujian dan dugaan itu..
6 tahun menunggu kelahiran yang dinantikan. Belum sempat dia dapat melihat anaknya membesar, Allah terlebih dahulu mengambil nyawa anaknya. .. tak lama.. hanya seminggu Allah berikan peluang untuknya menatang anak yang selama ini dinanti-nanti..
Dulu, selepas mendapat perkhabaran gembira tentang kandungannya, dia sering kali mengalunkan bacaan al-quran, menjaga hubungannya dengan Allah dan entah mengapa setelah kelahiran dan mendapat perkahabaran sedih itu..
Dia terus terdiam.. dalam hatinya “ Sabar, Redha.. Allah pasti ada sesuatu yang lebih baik”. Wahai diri, ketahuilah Allah hanya hendak menguji sejauh mana kamu mampu untuk mengharungi ujian ini..



Hatinya yakin!!..Allah tidak pernah memungkiri janji. Segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah..ayatul –Qursi juga sudah menjelaskan:
“ Dan KepunyaaanNya di langit dan di bumi, malah Allah tidak pernah merasa berat memelihara kedua-duanya”
“ siapa aku untuk mempersoalkan ujian ini, sedangkan Allah telah memberikan yang terbaik,
Sedangkan diriku yang sering menzalimi diriku sendiri.”
Ibu mana yang tak sayang anak..
Alhamdulillah.. tapi tak lama…. Rupanya disebalik kesedihan itu, rupanya Allah Taala telah menyediakan sesuatu buat dirinya.. sebab apa ??..
Sebab Allah peduli..ya..tak lama.. setelah 6 bulan, Allah khabarkan berita gembira dengan kandungan baru. Subhanallah..diterima berita gembira dengan membawa kandungan baru itu.
Ya.. kandungan yang dinanti.
Dan kerana Allah itu Maha Baik dan Maha Benar.
Allah sentiasa mengizinkan ssuatu itu berlaku setelah dia melihat usaha hambaNya.
Seperti mana firman dan janji-janjiNya:
“Sesungguhnya Allah bersama dengan hamba yang sabar”
“ Sesungguhnya Allah bersama hamba yang bertawakal”
Dan kejutan Allah belum berakhir, rupanya dia mengandungkan kembar 3.
Ya, Dia melahirkan kembar.. 2 lelaki dan seorang perempuan.
Subhanallah..
Allahu Akhbar..
Terlalu sebak hati ini..
Cerita itu benar-benar menyentuh hatiku. Tahukan kisah ibu Musa a.s?
Masa tu. Zaman tu ada Firaun…yang sibuk mencari dan membunuh semua anak lelaki. Ibu Musa a.s mengandung dan melahirkan anak lelaki. Kebimbangannya tidak boleh kita bayangkan dengan apa jugak kata.
Bayangkanlah apa perasaan seorang ibu yang sangat sayang kepada anaknya dan dalam keadaan sangat sedar bahawa anaknya pasti akan dibunuh jika ditemui. MashaAllah.
Jika kita, pasti kita akan sembunyikan. Kita akan tutup…sorok sebaik2 nya anak itu. Jangan langsung terlepas walaupun sekelip mata dari pandangan kita.
Tapi, apa yang dilakukannya?
Allah ilhamkan pada ibu Musa a.s, “Let him GO.”
Do we have any idea how much pain we have to bear to Let Go of something or someone we love so much?
Can we understand how much she had to put her trust in Allah to do that?
But she did it..
She let go of something she loves for the sake of Allah.
Apa Allah buat lepas tu?
Ingat Allah nak sia-siakan keyakinan hamba pdNya?
Ingat Allah nak lupakan tawakkal hambaNya?
Of course tidak.
Allah campakkan kasih dlm hati mreka sehingga seorang pembunuh sendiri yang membela orang yang ingin dibunuhnya.
Bila Allah ingin melindungi hambaNya, sekalipun dalam mulut seekor singa… hamba itu akan terselamat.
Bila Allah berkehendak untuk selamatkan hambaNya, tak mungkin ada yang boleh membahayakan hambaNya.
Do we trust Allah?
Kenapa kita nak takut pd dunia sedangkan Allah pemilik dan penguasanya.?
Tidak lama selepas tu, Allah kembalikan Musa a.s kepada ibunya.
MashaAllah…
Allah telah janji.
Allah tak mungkir.
Allah tidak pernah mensia-siakan kita.
Bila kita berkorban kerana Allah, Allah takkan pernah lupa dan pasti membalas pengorbanan kita.
Allah berfirman,
“(iaitu) ketika Kami mengilhamkan kpd ibumu ssuatu yg diilhamkan, (iaitu) letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka biarlah (arus) sungai itu mmbawanya ke tepi,
dia akan diambil oleh musuhKu dan musuhnya. Aku melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu, dan agar engkau diasuh di bawah pengawasanKu.”
“(iaitu) ketika saudara perempuanmu berjalan, lalu dia berkata (kpd kluarga Firaun), ‘Bolehkah sy tunjukkan kpdmu org yg akn memeliharanya?’ Maka Kami Megembalikanmu kpd ibumu, agar senang hatinya dan dia tidak pula bersedih hati.”
(Taha:38-40)
Can you imagine how much Allah Care about the sadness of One woman?
ya Allah.. astaghfirullah..
This is how much Allah care about us.
Allah knows your pain.
He knows your sadness.
He knows what you have gone through.
He will not lose you.
Allah keep it.
Just wait for His decision and He will bring back what you have given.
Allah will return it to you.
Your deliverance will come.
Kadang2 sebenarnya… bukanlah penting sangat kita akan dapat semula apa yang kita lepaskan kerana Allah. Mungkin kmu pernah mengalaminya kan?
Menderma harta semasa kesempitan.
Berkorban masa dan tenaga untuk membantu org lain kerana Allah.
Meninggalkan apa jua kerana Allah.
Bahkan ada yang mengorbankan keinginannya kerana Allah.
Takut.
Takut hilang Allah.
Dia lebih rela hilang dunia.
Dia lebih rela tanggung keperitan kehilangan sesiapa.
Tapi, tak sanggup tanggung btapa sakitnya hilang Allah.
Allahuakbar.
Actually, It’s not really the matter of ‘it’ will be returned or not…
But, what’s much more important is – we get – the Closeness to Allah.
We taste the sweetness of His Love.
We feel what is real tawakkal tu ‘alallah..
Subhanallah.
Not only Allah cares that much about the sadness of Musa’s mother.
Allah says in the Quran again..”Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati dan agar dia Mengetahui bahwa janji Allah adalah benar, tetapi kbykkan mereka tidak mengetahuinya.”(Qasas:13)
Allahurabbi. 
What makes you think Allah doesn’t care about you?
You think Allah will forget how much pain you have gone through for His sake?
Wallahi… keep your faith.
Allah will never break His promise.
Dia takkan mengecewakan hamba yang bergantung pdNya.
Cekalkan diri.
Kuatkan tawakkal.
Percaya pd Allah.
Banyakkan berdoa. Berzikir.
Allah ada berpesan kepada Musa a.s..”jgn lalai dlm mengingatiKu.”
ketika Musa berjumpa firaun
Mohonlah perlindungan dgn cahaya wajahNya.
Mohonlah kekuatan dgn kekuatanNya.
Mohonlah kesabaran dgn kesabaranNya.
We are nothing without Allah.
“Ya Allah, apalah ada pd diriku shingga sbanyak ini Engkau mengasihiku… ampuni aku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih.”
amiin..
ayuh lah sahabat Islamku,sama-samalah kita perbaiki hubungan kita dengan ALLAH.. semoga hidup dan mati kita tetap didalam jalan yang diredhai ALLAH,INSYAALLAH.. :)
1









Friday 4 October 2013

 "Wanita itu...."

Suatu ketika, ada seorang budak kecil yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".

Hanya itu jawapan yang boleh diberikan ayahnya. kemudian si anak itu  menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan
bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah - olah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan
wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup  lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang
menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apa sekalipun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

***

Sahabatku, sungguh mulia kedudukan wanita sehingga Tuhan saja memberi perhatian yang khusus kepada MakhlukNya yang unik ini, begitu besar peranannya di muka bumi ini,,,maka hargailah,,,^_^



Thursday 3 October 2013

DUIT KERTAS DAN DUIT SYILING BARU MALAYSIA

  Kawan-kawan nak tahu tak kenapa Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas dan syiling siri keempat?   sebabnya adalah untuk menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang lebih moden serta kemajuan teknologi yang terkini bagi mempertingkat penggunaan dan keselamatan siri wang kertas dan syiling ini. 

Selain itu siri wang baharu ini juga diperkenalkan untuk menggantikan secara beransur-ansur wang yang sedia ada yang telah ada dalam edaran selama lebih daripada 20tahun.

selain itu,wang baharu ini juga dibuat menggunakan kemajuan terkini teknologi yang boleh mengelakkan daripada isu pemalsuan wang.. 


WANG KERTAS DAN SYILING  LAMA..
















YANG NI PULAK WANG KERTAS DAN SYILING BARU






kawan - kawan semua suka duit yang mane satu..? yang lama ke atau yang baru..? hehehe.. ;)












Wednesday 2 October 2013



KHASIAT BUAH ANGGUR....


korang tahu tak buah anggur banyak khasiat nya.. antaranya ialah...

  • khasiat vitamin c yang tinggi
  • khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2
  • mempunyai kalori yang rendah
  • mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium
  • mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada penyakit jantung 

anggur memang banyak sangat kebaikannya.. sedangkan buah anggur ini juga menjadi amalan pemakanan RASULLULLAH S.A.W.. selain itu, ia juga bagus untuk kecantikan..so bagi wanita yang nak cantik, tak payah susah-susah buat apa-apa rawatan kecantikan,makan je buah anggur ni setiap hari.. beli banyak sikit untuk  bekalan dirumah..

sebelum ni saya pernah bekerja di farmasi.. bos saya merangkap ahli farmasi, dia selalu simpan buah anggur dalam peti ais..jus anggur pun ade sekali.. so, konklusi nye disini, amalkan lah makan buah anggur selalu.. :)