Wednesday 9 October 2013

RASA SYUKUR.. :D

ALHAMDULILLAH...ucapan syukur yang tak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah memberi apa yang saya miliki saat ini... :)

semalam tak dapat nak share dekat blog sebab blackout... sob3x.. :'(

selama hampir 24jam lebih tak ada elektrik dekat Kolej Ibrahim Yaakob dan mugkin juga beberapa kawasan lain yang turut terjejas dengan gangguan elektrik.. selama itu juga lah segala aktiviti harian yang perlu menggunakan elektrik terganggu..nak stadi malam pun tak boleh..nak masak air tuk breakfast pun xboleh..pegi kelas pakai tshirt je sebab baju kurung tak iron lagi.. tido malam dalam keadaan yang banyak nyamuk..panas pulak tu.. da nak dekat magrib baru elektrik ada kembali...alhamdulilah..syukur sangat3..
selama tak ada elektrik..ade juga terdetik dalam hati macam mane la orang-orang dulu yang hidup susah serba kekurangan,tak ada air,tak ada elektrik..tak ade kemudahan...lagi susah mereka berbanding dengan zaman sekarang.. kan kawan-kawan? :)

lagi satu saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Dr.Norazila iaitu pensyarah untuk kursus aplikasi komputer sebab telah memberi markah bonus untuk final..walaupun hanya 3 markah tetapi itu amat amat amat  dan terlalu amat bermakna buat saya..alhamdulilah..terima kasih Dr.. :) pengajaran buat saya disini ialah setiap pekara harus ada keberanian..kita harus mencuba setiap perkara yang bagi kita,kita mampu untuk melakukannya..meskipun terdapat kekurangan dalam kita melakukan pekara tersebut namun sekurang-kurang nya kita mencuba..itu lah yang lebih penting.. Alhamdulilah da ade peubahan positif dalam ini... :')


5 comments:

  1. alhmdllh...stu kebrnian yg prlu dicontohi..thniah..insyaA,anda akan lebih mara ke hadapan dengan lebih jauh

    ReplyDelete
  2. insyaA..mudah2an.. :) sedang dalam proses menyesuaikan dan memperbaiki diri dengan alam universiti..

    ReplyDelete
  3. inilah pengalaman...pengalaman ini akan mengasah n memperhalusi soft skill kita tuk keprluan masa kerja nnti...insyaA....''yakin diri jaya''

    ReplyDelete
  4. betul tu..softskill skrg amat penting.. pointer orang da tak pandang sangat..

    ReplyDelete
  5. betul tu,,,,hope kita sbgai bkal graduan akan memiliki semua ciri2 sblm bekrja

    ReplyDelete